Isu selesema, jangan panik, kata timbalan menteri

PERAK 31-01-2019.( SL 20190131 SMOKE ) Deputy Health Minister Dr Lee Boon Chye walked into a perfect storm when he announced smoking is banned in all restaurants, coffee shops and hawker centres starting January 1.MALAY MAIL/Farhan Najib

PETALING JAYA, Jan 13: Jangan panik dengan laporan-laporan mengenai wabak influenza, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye hari ini.

“Banyak kes selesema sebenarnya tak perlu masuk hospital,” katanya kepada FMT. Hanya mereka dalam kumpulan kritikal – seperti kanak-kanak dan warga emas – menghadapi risiko komplikasi.

“Beberapa orang risau mengenai kes influenza di Wuhan, China tetapi ia terhad kepada China dan tiada kes seperti itu di Malaysia.”

Lee berkata kes Wuhan akibat wabak Coronavirus, tetapi kes-kes di Malaysia influenza bermusim.

Beliau berkata kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengecah penyebaran selesema, terutama di sekolah dan tadika.

Sesiapa yang ada simtom influenza tetapi bukan dalam kumpulan kritikal harus mengunjungi klinik, dan hanya ke hospital sekiranya simtom berterusan.

“Minum banyak air, rehat secukupnya, dan elakkan kawasan-kawasan awam bagi mengelakkan risiko penyebaran. Kalau anda perlu keluar, pakai topeng” kata Lee.

Ketua sebuah persatuan perubatan berkata terlalu ramai orang cuba mendapatkan rawatan di hospital untuk penyakit-penyakit yang boleh dirawat di klinik.

Pengerusi Malaysian Medics International, Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam berkata tekanan di hospital hanya melewatkan rawatan orang dengan penyakit yang lebih serius.

Vikkineshwaran, yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, berkata: “Orang ramai menjaga kesihatan mereka adalah perkara baik tetapi kadang-kadang mereka terlalu risau. Ada orang datang untuk setiap penyakit kecil.”

Ada juga yang salah faham dan pergi hospital untuk vaksinasi selesema kerana mereka menunjukkan simtom-simtom.

“Vaksin diambil sebelum simtom muncul, dan bekalan adalah terhad dan keutamaan diberi kepada mereka dalam kumpulan kritikal seperti kanak-kanak kecil, wanita mengandung, warga emas yang sangat tua, dan mereka yang menghidap penyakit kronik,” katanya. – Free Malaysia Today

Be the first to comment on "Isu selesema, jangan panik, kata timbalan menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*