“Kini 94 tahun, anda mahu saya jadi PM umur 100 tahun?” – tanya Dr M

KUALA LUMPUR, Dis 3: Kerajaan hari ini membentangkan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Usul untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal itu dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dihadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat hari ini.

“Bacaan kali kedua dan ketiga adalah pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas perkara tersebut dalam sidang media di Parlimen hanya menjawab ringkas.

“Saya sudah 94 tahun. Anda mahu saya jadi PM di usia 100 tahun?” katanya ringkas kepada media.

Cadangan mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri kepada dua penggal itu bagi mengelak salah guna kuasa adalah antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Astro Awani

Be the first to comment on "“Kini 94 tahun, anda mahu saya jadi PM umur 100 tahun?” – tanya Dr M"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*