Muafakat akan terbentuk hanya jika kita memahami, menghormati sesama lain

Kenyataan Akhbar A. Subash Chandrabose, Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan & Ketua Biro Muafakat Nasional Pemuda MIC Kebangsaan

Saya berasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, YB Tajuddin Abdul Rahman atas perbuatan beliau bersenda YB Rayer mengenai abu dari dahi YB Rayer dari Chin Peng.

Sebagai Ahli politik yang yang berpengalaman, Beliau harus menghormati kepercayaan, budaya dan agama kaum lain. Kenyataan YB Tajuddin akan mencetuskan perasaan marah dikalangan Masyarakat India khususnya yang beragama Hindu.

Kita kini dalam proses membaik pulih persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional. Janganlah burukkan keadaan lagi seperti menuangkan minyak tanah dalam api.

Persidangan Parlimen adalah untuk melakar polisi, membawa isu rakyat, membawa isu negara, membawa usul untuk masalah dan melakar solusi demi kebaikan semua pihak tanpa mengira siapa. Bahaslah dengan fakta, bahaslah dengan logik, bahaslah demi rakyat. Janganlah memalukan adat, agama dan kepercayaan seseorang. Itu tidak baik!

Muafakat akan berbentuk jika kita memahami dan menghormati sesama kita.

Be the first to comment on "Muafakat akan terbentuk hanya jika kita memahami, menghormati sesama lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*